Sabtu, 5 Februari 2011

~ kata -kata cinta ~

"  Cinta spt matahari..ia tetap bercahaya..walau malam menjelma cahayanya pada bulan tetap menerangi
kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya..
   Cinta adalah santapan jiwa.Jiwa tanpa cinta ibarat rumah yang kosong.Cinta tanpa menjiwai bagai layang-
layang putus talinya...
   Cinta adalah buta...cinta tidak mengenal usia..paras rupa..mahupun kekayaan dan kemewahan yang ada..
tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain..
   Sayang tidak bermaksud cinta..suka tidak serasi dengan cinta..kagum tidak bererti cinta..bangga tidak
semestinya cinta...CINTA ADALAH CINTA...
  Cinta itu seperti sinar matahari..memberi tanpa mengharap kembali....cinta itu seperti sinar matahari...
TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari..Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI  KEHANGATAN DIHATI KITA...
  Cinta umpama ' treasure hunt..'  Cita-cita  dan tujuan kita hanyalah satu..untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan.Namun didalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran..Andainya tidak mampu meneruskan ..kita akan tersungkur dan hadiah utamanya ialah dikebas orang lain..
  Tetapi tak usahlah kecewa..walau hadiahnya tidak kita perolehi  tetapi keseronokkan nya kita sudah rasainya.Jadi
bercintalah sepenuh hati kita...namun jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi padanya..
  Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan..terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamatnya dalam setiap percintaan yang ada..
 Kadangkala orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tak pernah  menyatakan cintanya pada kita kerana orang itu takut kita berpaling dan menjauhinya...dan bila suatu masa dia hilang dari pandangan...kita akan menyedari
dia adalah cinta yang tidak pernah kita sedari..
 Cinta suatu yang indah...cinta boleh buat kita gundah...cinta buat hati berdarah...dan cinta jua...
boleh membawa kekesalan yang tak sudah dalam kehidupan kita........'"



             ~ syah e ~
~ kata-kata cinta ~
oleh Syah Reza pada pada 03hb November 2010 pukul 12.50 pagi
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan