Sabtu, 5 Februari 2011

~ penghormatan sebuah cinta ~

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yg tdk membalas cintamu...jgnlah merasa tersisih...tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta itu tdk memilih utk singgah dihati seseorang...
    Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yg tdk kamu cintai...anggaplah ia satu penghormatan utk dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dgn cara yg ikhlas dan jujur.Jangan ambil kesempatan dan jgn melukakan hatinya...
   Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yg begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi...tiada siapa yang harus dipersalahkan....relakanlah cinta itu pergi..kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya..yang tersembunyi..dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti....
  Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta..kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa...kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu...
 Nikmatilah sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia....cinta sentiasa...dan...selamanya akan menjadi misteri....Bersyukurkah kerana ianya pernah singgah dihatimu....~


  ~ syah e ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan